Malaysia Asia

Bakal bertemu Indonesia B16 di separuh akhir, ini prestasi Malaysia B16 dalam Kejohanan AFF B16 2018

Skuad Malaysia Bawah 16 tahun sedang mengharungi Kejohanan Piala AFF Bawah 16 tahun di Indonesia. Kejohanan ini bermula dari 29 Julai 2018 sehingga 11 Ogos 2018. Dua lokasi yang terlibat untuk kejohanan ini adalah Stadium Joko Samudro dan Stadium Delta Sidoarjo.

Sebelum kejohanan bermula, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B yang merangkumi 5 pasukan iaitu Thailand, Laos, Brunei, Singapura dan Malaysia. Manakala Kumpulan A terdiri daripada pasukan Vietnam, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Timor Leste dan Filipina.

Perlawanan peringkat kumpulan telah pun tamat dengan Kumpulan A diungguli oleh pasukan Indonesia dengan 15 mata penuh setelah menang keseluruhan 5 perlawanan. Myanmar pula muncul naib juara Kumpulan A setelah memiliki perbezaan gol lebih banyak berbanding Vietnam di tempat ketiga walaupun berkongsi 10 mata yang sama.

Bagi Kumpulan B pula, Thailand gah menduduki tempat pertama dengan 10 mata hasil daripada mengumpul 3 kemengan dan 1 seri. Malaysia pula menduduki tempat kedua dengan 9 mata hasil daripada 3 kemengan dan 1 kalah.

Dengan itu, Malaysia bakal bertemu tuan rumah, skuad Indonesia B16 pada 9 Ogos 2018 di Stadium Delta Sidoarjo untuk aksi separuh akhir. Anda boleh menonton perlawanan tersebut secara langsung di saluran Youtube PSSI jam 4.30 petang waktu tempatan.

Berikut adalah prestasi Malaysia B16 dalam saingan Kumpulan B: