Kolum Eropah

Messi ceburi bidang fesyen

Sudah menjadi kebiasaan buat pemain bola sepak dunia menceburi bidang perniagaan. Populariti yang dimiliki mampu juga mempengaruhi perniagaan secara langsung.

Inilah yang sedang dilakukan pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Pemain Argentina ini yang dilanda kecederaan diawal musim telah menggunakan masa yang terluang untuk melancarkan butik pakaian miliknya di Barcelona pada September lepas.

(Photo by Jordi Vidal/WireImage)

Laporan 90 Min menyatakan Messi melancarkan jenama pakaian sendiri yang merangkumi t-shirt dan jaket. Messi akan menggunakan namanya sendiri sebagai jenama pakaian tersebut. Malah, rekaan t-shirt juga akan diletakkan nama Messi atau nombor 10 sebagai identiti jenama pakaiannya.

Perusahaan ini akan dikendalikan oleh adik Messi, Maria Sol. Maria berkata,’ianya ibarat mimpi jadi realiti kerana fesyen merupakan sesuatu yang amat saya minati. Jadi, jika peluang sudah terhidang di depan mata, saya perlu memanfaatkannya.’

Dalam pada itu, Messi menjelaskan bahawa dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada karier bola sepak tetapi dalam masa yang sama, adiknya akan menguruskan segala hal ehwal berkaitan perniagaan ‘Messi Store’ yang diceburi bersama.