Manchester United tidak menunjukkan rasa belas kasihan kepada Chelsea yang baharu sahaja berada di bawah bimbingan jurulatih baharu dan juga lagenda mereka, Frank Lampard.
Skuad Ole Gunnar Solskjaer mudah melapah Blues dengan empat jaringan – satu pada separuh masa pertama dan tiga lagi pada separuh masa kedua – di Old Trafford.
Marcus Rashford membuka jaringan dengan sepakan penalti sebelum sekali lagi meledak pada separuh masa kedua, manakala Martial dan James masing-masing mencatat nama selaku penjaring.
Lebih bermakna buat James apabila dia masuk untuk membuat debut pertama dengan United sebelum menjaringkan gol peribadi pertama buat Red Devils.
Dalam masa yang sama, dua pembelian terbaharu United – Aaron Wan-Bissaka dan Harry Maguire – masing-masing turut membuat debut untuk United.