Luar Negara Berita

Video – PSG perlu bersedia tanpa Neymar

Paris Saint-Germain memulakan kempen Ligue 1 mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Nimes di Parc des Princes semalam, namun perlawanan itu tidak berkisar tentang kemenangan tetapi lebih kepada masa hadapan Neymar.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan pulang ke Barcelona dan terbaharu Real Madrid juga dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun.

Bagi pengendalai PSG, Thomas Tuchel sedar bahawa ia akan menjadi sukar untuk mencari pengganti Neymar tetapi mengakui kelab perlu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

“Kita perlu realistik dan mencari penyelesaian tanpa Neymar dalam pasukan,” kata Tuchel kepada Canal Plus France.

“Tidak mustahil untuk mencari pemain lain seperti dia, yang boleh melakukan perkara yang sama seperti dia.

“Kita tidak boleh kehilangannya dan mencari seseorang yang mempunyai tahap yang sama.” Katanya selepas perlawanan.