Malaysia Berita

Pemain AMD tampil pertahan Lim Teong Kim

Pemain Akademi Mokhthar Dahari (AMD) tampil mempertahankan Pengarah Teknikal AMD, Lim Teong Kim dan meminta supaya kontraknya diteruskan.

Dua pemain dari AMD Raja Muhammad Haikarl Raja Muhammad Zahari dan Muhammad Danial Haiqal Mohd Shaipol tampil menjelaskan bahawa jika Lim Teong Kim dilepaskan, ianya adalah satu kerugian besar buat bola sepak negara.

Bagi mereka, kaliber dan reputasi yang dimiliki LTK yang telah melahirkan bintang dunia seperti Thomas Muller, Toni Kroos dan Philip Lahm adalah sebab yang kukuh mengapa beliau perlu dikekalkan.

Bercakap kepada BH Sukan, Raja Muhammad menjelaskan LTK menerapkan disiplin serta budaya permainan Eropah ketika berada di atas padang dan ianya adalah perkara yang betul dalam bola sepak.

Manakala bagi Muhammad Danial, ilmu yang dicurahkan LTK sangat berguna untuk pembanggunan mereka yang masih muda dan akan banyak membantu menaikkan permainan mereka.