Malaysia Berita

Liridon Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya?

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM mengumumkan bahawa bekas bintang Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula adalah antara pemain yang bakal beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Selain daripada itu, pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck juga disebut bakal beraksi buat skuad Harimau Malaya.

“Ada beberapa pemain dalam pemerhatian kita yang pertamanya Lee Tuck (Terengganu FC) tetapi beliau adalah pemain berdarah kacukan. Selain daripada itu kita lihat pemain seperti Liridon dan De Paula. Mereka ini pemain yang belum sampai (memenuhi syarat) tetapi sudah hampir (capai syarat).

“Kami sudah berhubung dan nampaknya semua menunjukkan minat tetapi belum dapat bertemu lagi. Saya sebagai pengerusi jawatankuasa ini akan usahakan secepat mungkin untuk bertemu kesemua pemain  ini untuk kita selami hati mereka dan menilai tahap keikhlasan bermain bersama Malaysia,” 

“Kita ada tiga pelan iaitu pelan jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang. Jadi buat masa ini kita nak tekankan untuk pelan jangka pendek…jadi dua pemain naturalisasi yang berada dalam radar itu diperlukan dalam pelan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk rekod, undang-undag yang ditetapkan FIFA memerlukan seorang pemain boleh mewakili negara berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

Liridon Krasniqi memerlukan hanya satu musim lagi bagi melayakkan beliau beraksi bersama skuad kebangsaan.