Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Kita Masih Berbaki 90 Minit – Tan Cheng Hoe

Perlawanan diantara Malaysia menentang Vietnam masih berbaki 90 minit apabila skuad Harimau Malaya sekali lagi akan bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini.

Pada perlawanan pertama diperingkat Kumpulan A, Malaysia tewas 0-2 ke atas anak buah Park Hang-seo dan pada perlawanan final kali ini kedua-dua pasukan berbekalkan dua gol tetapi kelebihan masih berpihak kepada Vietnam dengan gol ditempat lawan.

Segala persiapan menjelang final kedua di Stadium My Dinh perlu digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang menyebabkan pasukan negara dihukum Vietnam sebelum kembali menyamakan kedudukan.

“Secara keseluruhan kami bermain baik tapi kami melepaskan gol kerana (pemain) hilang konsentrasi. Sama ketika beraksi di Hanoi sebelum ini (dalam peringkat kumpulan).

“Tapi masih ada 90 minit pada perlawanan kedua dan saya sebagai jurulatih perlu memperbaiki segala kesilapan untuk perlawanan di Hanoi nanti,” kata pengendali negara, Tan Cheng Hoe.

Tan Cheng Hoe sedar skuad negara yang terikat dengan Vietnam perlu menang atau seri 3-3 pada perlawanan timbal balik di Hanoi nanti jika mahu menjulang Piala AFF buat kali kedua dan beliau menyatakan kepercayaan dengan kemampuan anak buahnya untuk mencipta kejutan.

“Sudah pasti sokongan padu penyokong memberikan motivasi kepada pemain. Tapi saya tetap percaya kami mampu untuk melakar kejutan di Hanoi,” katanya kepada Berita Harian.