Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Park Hang-seo Kecewa Dengan Seri

Vietnam berjaya membawa kelebihan yang selesa pulang ke Hanoi bagi perlawanan akhir kedua di Stadium My Dinh, Sabtu ini.

Anak buah Park Hang-seo berjaya mendapatkan gol awal pada perlawanan akhir pertama semalam menentang Malaysia. Tetapi gol daripada Shahrul Saad dan Safawi Rasid menidakkan pasukan Golden Dragon untuk meraikan kemenangan.

Justeru, beliau menyatakan kekecewaan apabila pemain Vietnam melepaskan dua gol untuk Malaysia menyamakan kedudukan tetapi tetap berpuas hati dengan semangat juang pemain beliau. 

“Pemain beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang tinggi apabila dapat menjaringkan dua gol pada aksi malam ini.

“Memang saya kecewa dengan dua gol yang dibolosi namun secara keseluruhannya, kami tidak tewas pada perlawanan di tempat lawan.

“Kini saya perlu mempersiapkan pasukan bagi aksi kedua di tempat sendiri,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.