Eropah Berita

Kloop Puji Aksi Allison, Salah

Penjaga gawang Liverpool, Allison berjaya menyelamatkan Liverpool disaat-saat akhir permainan apabila berjaya menepis cubaan pemain gantian Napoli, Arkadiusz yang tidak dikawal di hadapan pintu gawang Liverpool.

Liverpool yang menang dengan jaringan 1-0 hasil daripada Mo Salah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik dan menyingkirkan Napoli.

Allison yang beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut mendapat pujian daripada Kloop dan beliau berbangga dengan kesemua pemainnya.

“Wow…lihatlah perlawanan ini. Saya tidak pasti sama ada pengurus lain lebih berbangga dengan pasukan yang dimilikinya berbanding saya,” kata Klopp kepada BT Sport.

“Mo Salah menjaringkan gol yang sukar dipercayai dan saya sendiri tidak pasti bagaimana Alisson menyelamatkan percubaan seperti itu. Ia memang menakjubkan.

“Semua pemain cukup cemerlang. Cara kami menekan mereka (Napoli) membuatkan mereka terpaksa menukar corak permainan.

“Kami cukup kuat secara fizikal dan mereka seolah-olah hilang punca,”