Eropah Berita

PSG Juara Kumpulan C, Atasi Liverpool

Gol daripada Edinson Cavani dan Neymar berjaya membawa Paris Saint-Germain (PSG) menjadi juara Kumpulan C sebelum Marquinhos dan Kylian Mbappe melengkapkan kemenangan PSG ke atas Red Star Belgrade 4-1.

Bagi pengendali PSG, Thomas Tuchel berbangga dengan persembahan anak buahnya yang berjaya menjuarai Kumpulan C mengatasi Liverpool yang bergelut untuk menang dengan Napoli.

“Kami melakukan kesilapan, namun saya gemar melihat reaksi balas selepas jaringan Belgrade. Kemudian, kami mengawal perlawanan,” kata Tuchel.

“Buat kali kedua selepas perlawanan Liverpool, kami bersedia untuk perlawanan seperti ini,” 

Beliau berkata demikian setelah PSG bergelut untuk bangkit selepas kalah di Anfield 2-3 dan seri dengan Napoli pada kedua-dua perlawanan

Bagi penjaring gol ke empat PSG, Kylian Mbappe mengakui motivasi pemain PSG gembira selepas berjaya menjalankan tugas dengan baik.

“Kami gembira, kami hadir dan menunjukkan keinginan untuk menang,” kata Mbappe.