Liga Super Malaysia

Piala AFF Suzuki 2018 – Kami Kecewa Hanya Mampu Seri – Tran Dinh

Pemain pertahanan Vietnam, Tran Dinh percaya bahawa kelebihan masih berpihak kepada Vietnam biarpun seri pada perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menentang Malaysia.

Bagi beliau, dua gol ditempat lawan memberi kelebihan kepada Vietnam tetapi tidak begitu besar setelah Malaysia berjaya menyamakan kedudukan.

“Memiliki dua gol dan seri itu adalah satu kelebihan, saya setuju, tetapi tidak begitu besar dan kita masih perlu memastikan bahawa kita tidak melepaskan sebarang gol dalam perlawanan seterusnya di Hanoi.”

Malaysia yang bangkit menyamakan kedudukan melalui Shahrul Saad dan Safawi Rasid setelah ketinggalan dua gol. 

Pemain berumur 21 tahun ini menyatakan bahawa fokus pasukan selepas ini adalah bagaimana untuk menyerap asakan Malaysia yang hadir ke Hanoi dengan mentaliti untuk menang. 

“Kita perlu memberi tumpuan dan persediaan yang baik untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan melakukan yang terbaik.

“Hari ini, pasukan kami berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang baik pada perlawanan pertama ini tetapi kami sedikit kecewa kerana hanya mampu seri, tapi itulah bola sepak.”

“Kami bermain bersama untuk masa yang lama. Kami melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini dan juga menganggap keputusan itu tetapi kami tidak khawatir tentang keputusan seri itu – seri bukan masalah bagi kami dan kami mahu fokus pada perlawanan kedua nanti. “