Luar Negara

“Kiko insa” versi Thailand dipilih ke skuad kebangsaan

Pemain pertahanan Bangkok United akhirnya berada senarai pemain skuad kebangsaan Thailand selepas beberapa kali tersisih akibat kecederaan.

Menuel Tom Brady, pemain berdarah kacukan Thailand dan Jerman berasa bangga apabila namanya berada dalam senarai skuad Thailand untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang pasukan Iraq dan Australia.

Pemain yang berusia 23 tahun itu dilahirkan di Jerman dan merupakan produk akademi VFB Stuggart sejak berusia 15 tahun. Beliau menandatangani kontrak professionalnya dengan kelab Bundesliga, FC Nurnberg pada tahun 2014. Beliau kemudian menyertai Bangkok United pada tahun 2016 dan menukar kepada passport Thailand.

“Apabila saya tahu nama saya berada dalam senarai 23 pemain, saya berasa sangat gembira dan akhirnya saya tahu saya berjaya melakukannya,” katanya.

“Saya berikan komitmen 100% dalam latihan dan cuba memikat jurulatih Milo. Akhirnya dia berjaya melihat potensi saya dan menyenaraikan nama saya dalam skuad kebangsaan”

“Kami akan menghadapi 2 perlawanan penting dan akan cuba yang terbaik untuk mencatat kemenangan. Suasana dalam pasukan sangat bagus, semua orang sungguh komited dan saya gembira mendapat peluang ini ”

Pasukan kebangsaan Thailand akan menghadapi Iraq dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 hari ini di Stadium Rajamangala kemudian menentang pasukan Australia pada 10 September 2017.