Liga Super Malaysia

Malaysia mungkin perlukan 20 tahun lagi untuk pergi jauh

Ketika TMJ menekankan dan bercita-cita tentang kesedaran pentingnya Liga Juara-Juara Asia, semua pihak membuka mata. Untuk memacu pasukan Kebangsaan ke peringkat lebih tinggi mungkin boleh bermula dari visi ini. Ia kelihatan kurang kaitan tetapi fakta mengatakan ia adalah wajib.

Ia sangat mudah untuk dilihat. Melihat di blok Asia Barat atau Blok Timur, 4 Liga terbaik setiap blok juga merupakan 8 pasukan dominan di Asia.

Liga Korea, Jepun, China dan Australia adalah yang terbaik di Asia Timur. Lihat pasukan kebangsaan mereka, juga kuat.

Ia mungkin dimulakan dengan wujudnya pasukan yang stabil untuk memenuhi syarat perlesenan dari AFC sebelum masuk ke pentas Liga Juara-Juara Asia. Dan bermain dalam pentas tertinggi kelab Asia seterusnya membentuk ahli gabungan yang kuat yang akhirnya diraih oleh skuad Kebangsaan.

Berbalik kepada TMJ, apabila beliau membawa satu dimensi baru di Selatan tanah air, ramai melihat beliau sepatutnya berada di atas platform yang lebih besar untuk mengangkat bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Membawa masuk kesedaran dan visi di salah satu pasukan kepada seluruh pasukan di Malaysia.

Melihat kepada 4 kuasa besar blok timur. Korea Selatan, Jepun, China atau Australia tidak mampu menjadi kuasa besar dengan mempunyai hanya 1 atau 2 pasukan stabil dan kuat dalam saingan domestik mereka.

Termasuk Thailand yang merupakan Liga ke-5 terbaik blok timur, semua ahli gabungan mereka sudah mencapai 100% lulus piawaian dari AFC untuk lesen.

74 kelab yang berada di Liga Utama dari 5 negara ini, 102 pengesahan penetapan kriteria oleh AFC dikeluarkan dan mungkin meningkat kepada 134.

Secara ringkasnya 5 negara ini mempunyai standard tinggi walaupun di kedua.

Ranking No.6 silih berganti

Perebutan sentiasa berlaku untuk ranking ke-6 dalam kedudukan AFC MA Ranking, dan silih berganti dengan Vietnam, Hong Kong dan akan datang mungkin Malaysia.

Apabila slot face off  TMJ dengan Shebby dipertontonkan, TMJ ternyata tiada perancangan jangka panjang untuk Malaysia setakat ini. TMJ sendiri mengakui 60% untuk kelabnya dan 40% untuk FAM. Secara fizikalnya TMJ hanya memusatkan fokus kepada skuad kebangsaan.

Jelas kelihatan apabila JDT dijadikan asas kepada pasukan kebangsaan dan pasukan lain dijadikan penambah kekuatan untuk skuad negara.

Untuk pelan jangka masa pendek ia mungkin berhasil. Berhasil untuk pasukan dari Malaysia berada di pentas Liga Juara-Juara Asia, mahupun berjaya untuk Skuad Kebangsaan ke pentas Sukan Asia.

Tetapi hanya untuk seketika bukannya secara konsisten. Untuk konsisten, TMJ perlu membina struktur saingan domestik seperti visual di atas. Semua pasukan di Malaysia perlu menepati piawai standard dari AFC.

Mungkin melalui bantuan pendidikan, kesedaran, perkongsian ilmu, atau apa-apa yang positif. Dan yang pasti 60%:40% itu perlu dibahagikan sama rata seperti contoh 2% untuk setiap pasukan di Malaysia termasuk kelabya sendiri.