Penyerang skuad Sukan SEA Indonesia, Ezra Walian telah menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab liga divisyen 2 Belanda, Almere City FC.
Kemasukan Ezra telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab tersebut. Bapa Ezra, Glenn Walian, memberitahu wartawan-wartawan BolaSports rundingan itu sudah dilakukan sebelum penyerang itu menyertai pasukan Indonesia U22 untuk menghadapi saingan Sukan SEA.
“Ezra akan kembali ke Belanda pada hari ini dan akan menyertai sesi latihan rasmi pasukan Almere City FC. Penyerang berbakat itu berasal dari akademi remaja AZ dan ditukarkan ke Ajax Amsterdams apabila dia berusia 14 tahun,” kata kenyataan rasmi daripada kelab itu.
“Pada tahun 2013, dia telah menandatangani kontrak profesional pertamanya di Amsterdam , dimana dia membuat penampilan pertama profesional pada 26 september 2016. Pada saingan liga musim lalu, Ezra hanya bermain 22 perlawanan untuk pasukan Ajax Reserves dalam Netherlands, de Jupiler League.”
“Ezra ialah seorang penyerang yang baik. Dengan status ‘wira’ dia di Asia, dia mempunyai beberapa pilihan dari kelab lain. Satu penghormatan apabila dia memilih untuk menyertai Almere City sebagai satu loncatan untuk mengembangkan kariernya”
Ezra, yang diwakili oleh bapanya, telah menjadi satu wakil bebas selepas dia menentukan untuk tidak memperbaharui kontrak dengan bekas kelabnya Ajax Amsterdam.
Kredit Imej: Almere City FC