Liga Super Malaysia Berita

PM: Sesi latihan dibenarkan, Liga Malaysia masih tangguh sehingga 31 Ogos

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sesi latihan untuk sukan berpasukan dan sukan tertutup dibenarkan beroperasi semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan secara rasminya bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.

Bagaimanapun, pertandingan dan kejohanan termasuk Liga Malaysia masih lagi tidak dibenarkan.

“Beberapa jenis sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk latihan persediaan sukan,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas.

“Masih tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan atau permainan melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton ramai seperti stadium dan sukan bersentuhan seperti bolasepak.

Ini bermakna, Liga Malaysia berpeluang untuk beroperasi semula bermula 1 September selaras dengan perancangan asal MFL.

SOP sesi latihan yang lebih terperinci akan diumumkan pada hari ini.