Selepas Matthew Davies berpindah ke JDT, Mohamadou Sumareh dilaporkan bakal mengikut jejak langkah rakan baiknya pada musim depan. Namun Sumareh enggan mengulas tentangnya.
Sebaliknya, dia hanya mahu memberikan tumpuan kepada saingan liga pada musim ini.
“Saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang. Ia perkara peribadi. Apabila sudah tiba masanya, lihat nanti. Saya meminta maaf,” katanya kepada Astro Arena.
Sebelum ini Sumareh mendedahkan bahawa dia cukup sedih dengan kehilangan rakan baiknya Matthew.
“Jelas sekali, kehilangan kapten dan rakan baik, ia menyentuh emosi tetapi kami harus teruskan perjuangan. Kini, kami perlu fikirkan saingan liga, itu lebih penting.”
Jika benar Sumareh akan berhijrah ke JDT musim depan, Pahang mungkin akan meminta bayaran perpindahan yang lebih tinggi untuk menggantikan pemain tersebut.
Malah, pemain JDT yang sedia ada di bahagian sayap mungkin akan dilepaskan bagi memberi ruang kepada Sumareh.
Pahang menghadapi cabaran besar untuk menggantikan Sumareh yang telah menjadi watak penting sejak 2016, sama seperti pentingnya Matthew Davies kepada skuad Tok Gajah.