Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Safawi Laung Amaran

Pemain Paling Bernilai untuk musim ini, Safawi Rasid melaungkan amaran bahawa beliau akan membuka akaun jaringan pada pertemuan bertemu Vietnam, hari ini.

Beliau adalah pemain yang menyerlah pada kempen Piala AFF Suzuki 2018 apabila berjaya membantu rakan-rakan dalam menjaringkan gol. Walaupun beliau masih gagal menjaringkan gol, apabila ada beberapa cubaan beliau yang terkena tiang dan berjaya diselamatkan penjaga gol lawan. Beliau tetap percaya dengan kemampuan beliau dan akan cuba menjaringkan gol pada pertemuan dengan Vietnam.

“Saya sedar tidak beraksi baik dalam dua perlawanan terdahulu. Jika diberikan peluang untuk beraksi malam ini, saya akan memenuhi kemahuan peminat tempatan yang mahukan saya menjaringkan gol,” katanya kepada Stadium Astro.

Vietnam yang dipenuhi rata-rata pemain bawah 23 tahun turun dengan reputasi yang besar serta bakal memberi cabaran yang sengit buat skuad negara.

Beliau yang sedar dengan cabaran itu berkata, semua rakan sepasukan sudah bersedia untuk menghadapi Vietnam daripada segi mental dan fizikal 

“Kami tahu keupayaan Vietnam. Kami tidak boleh mengambil mudah dan perlu fokus terhadap kekuatan mental dan fizikal.

“Jika kami mampu mengekalkannya, kami pasti berjaya membawa pulang keputusan yang positif nanti,” Katanya beliau kepada Stadium Astro