Malaysia Berita

Zamir puas benam Johor Darul Ta’zim

Penampilan bersama Pulau Pinang digunakan sebaik mungkin oleh Zamir Selamat bagi membantu pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 dalam aksi Liga Perdana, Sabtu lalu.

“Jika diimbas semula pada penghujung 2018 dan memasuki 2019, terlalu banyak dugaan yang saya tempuhi sehingga saya bagaikan hilang keyakinan. Walaupun saya bermula dengan pasukan Batu Dua FC yang beraksi di Liga M3.

“Namun ia amat berbeza berbanding saingan Liga Super mahupun Liga Perdana. Apabila jendela perpindahan kedua dibuka, saya ditawarkan oleh FAP dan bermulalah karier bersama pasukan Pulau Pinang.

“Kini saya perlu tingkatkan lagi permainan dan lebih berkeyakinan untuk berusaha membantu Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana dan sasaran kami sudah tentu ingin layak ke kancah Piala Malaysia,” kata Zamir.