Liga Super Malaysia Berita

Perak bangga bawa pulang satu mata dari Pahang

Keputusan seri 1-1 dengan Pahang malam tadi nyata memberi senyuman kepada pengendali Perak, Mehmed Durakovic.

Bagi beliau, kejayaan menyekat Pahang di Stadium Darul Makmur adalah satu pencapaian yang membanggakan daripada anak buahnya.

“Sudah pasti kami bertandang ke sini bukan untuk seri, tapi keputusan malam ini (tadi) sudah memadai kerana pemain memberikan yang terbaik.

“Saya gembira kerana kami mengutip satu mata ketika beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya sebelum perlawanan dan kita akan tampil dengan lebih baik pada perlawanan selepas ini menentang Melaka United,” katanya.

Manakala pemain tengah skuad Perak, Brendan Gan nyata gembira membawa pulang satu mata.

“Kami berusaha untuk mendapatkan gol tetapi dinafikan pertahanan lawan. Tapi, saya tetap bangga dengan kesungguhan dan semangat ditunjukkan semua pemain pada perlawanan ini,” katanya.