Luar Negara Berita

Mbappe dapat dua anugerah dalam satu malam

Pemain berusia 20 tahu, Kylian Mbappe, penyerang Paris St Germain (PSG) telah dianugerahkan Pemain Terbaik dan Pemain Terbaik Bawah 21 Tahun bagi musim 2018/19.

“Sampai masanya untuk saya menunaikan lebih tanggungjawab, ketika ini mungkin bersama PSG, dengan penuh keseronokan, mungkin satu masa nanti dengan pasukan lain dengan projek baharu pula,” kata Mbappe selepas menerima anguerah itu, pagi ini.

Dalam majlis yang sama, pertahanan tengah Jerman, Dzsenifer Marozsan yang membantu Olympique Lyonnais Wanita mengecapi 13 kemenangan dan kejayaan di pentas Liga Juara-Juara Wanita dianugerahkan Pemain Terbaik Liga Divisyen 1 buat kali ketiga berturut-turut.

Pengendali Lille, Christophe Galtier pula diundi bagi anugerah Jurulatih Terbaik Ligue 1 musim ini selepas memacu kelabnya menamatkan kempen di tangga kedua di belakang PSG