Liga Super Malaysia Berita

Perak ikat Pahang di Darul Makmur

Pahang gagal mengutip mata penuh apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Perak di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Tok Gajah sebelum ini berazam mahu memperbaiki persembahan mereka setelah beberapa siri perlawanan yang kurang memberangsangkan turun dengan permainan kurang agresif terutama pada separuh masa pertama.

Peluang terbaik tuan rumah hadir melalui Matthew Davies, namun rembatan beliau berjaya ditangkap kemas penjaga gol Perak, Khairul Amri Salehuddin.

Penyerang berbisa Perak, Ronaldo Henrique juga gagal meneruskan persembahan yang baik apabila beberapa cubaan beliau gagal disempurnakan dengan baik.