Futsal Berita

Figos taja skuad Futsal Kedah

Figos Sportwear bakal menjadi penaja rasmi buat skuad Futsal Kedah menjelang Liga Premier Futsal yang bakal bermula tidak lama lagi.

Pelancaran jersi tersebut diadakan di Lobi Astaka Utama, Stadium Darul Aman, semalam yang turut dihadiri Turut hadir adalah Ahli Majlis Eksekutif KFA, Tuan Hj. Mohd Fuad Abdullah merangkap Ketua Unit Bolasepak Pantai dan Futsal KFA, En. Muhammad Faisal Bin Abd Sukor, Penyelaras Perniagaan Figos, pengurusan tertinggi KFA serta pegawai dan pemain skuad futsal Kedah.

Wakil dari Figos Sportwear, En. Muhammad Faisal, “syarikat berkenaan komited untuk membantu pembangunan futsal di Malaysia melalui penajaan pasukan dan dengan perkembangan terkini melalui langkah FAM mewujudkan Liga Premier Futsal musim ini akan melonjak minat penyokong tempatan.

“Selain dari mewujudkan cawangan Figos di utara semenanjung, penajaan pakaian skuad futsal Kedah nanti sesuatu yang dinantikan dan bercadang untuk meneruskannnya dalam jangka masa panjang.”

Liga Premier Futsal Malaysia 2019 bakal berlangsung Jun nanti dan Figos akan menaja kelengkapan pakaian sukan untuk pasukan Lelaki dan Wanita.