Wan Kuzain Wan Kamal tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia bagi musim 2021.
Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu dilepaskan oleh kelab Major League Soccer, Sporting Kansas City baru-baru ini, sekali gus menimbulkan spekulasi sama ada beliau akan ke Malaysia.
Namun bapanya, Wan Kamal Wan Napi menafikannya, kerana menurutnya tidak ada pasukan Liga Malaysia yang menghubunginya bagi mendapatkan khidmat Wan Kuzain.
“Ejen Kuzain sedang berusaha dengan beberapa kelab MLS untuk mendapatkan tempat buatnya bagi musim 2020-2021,” katanya kepada Sukanz.
“Tunggu sekitar dua minggu semuanya akan dimuktamadkan.”
Wan Kuzain menyertai Sporting Kansas pada April 2018 dan menghasilkan 6 penampilan dan 1 gol.