Kajian & Analisis Berita

SEA BEST XI: Sebelas pemain terbaik di Asia Tenggara minggu lepas (April 10-16)

Salam sejahtera, para pembaca Football Tribe sekalian!

Kami kembali lagi minggu ini dengan edisi keempat konten terbaru Football Tribe, iaitu ‘Southeast Asia Weekly Best XI’ ataupun Kesebelasan Terbaik Mingguan Asia Tenggara!

Senarai ini dibina melalui kolaborasi antara panel penulis kami di seluruh Asia Tenggara, dan berikut adalah senarai 11 pemain terbaik di rantau ini sepanjang satu minggu lepas.

GK: Kaharuddin Rahman (Negeri Sembilan)

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol utama Negeri Sembilan memaksa Azraai Khor menurunkan Kaharuddin Rahman, namun bintang Negeri Sembilan ini bermain dengan cukup cemerlang untuk membantu skuad Jang seri 1-1 menentang Kelantan. Dia banyak membuat tepisan-tepisan penting dalam perlawanan tersebut.

DF: Truong Dinh Luat (Ho Chi Minh FC)

Walaupun sudah berusia 35 tahun, Truong Dinh Luat tetap menampilkan aksi yang positif ketika kelabnya, Ho Chi Minh FC turun bertemu Nam Dinh. Meskipun terpaksa berdepan dengan dua pemain import, Dinh Luat berjaya mengawal barisan pertahanan HCM dengan cemerlang.

DF: Jaimerson Xavier (Persija Jakarta)

Bintang Persija ini cukup cemerlang hujung minggu lepas selepas berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma, selain turut mencatat 'clean sheet' biarpun berdepan dengan jentera serangan Borneo FC yang tidak kurang hebat.

DF: Sarawut Kanlayanabandit (Pattaya United)

Pattaya terpaksa turun bertembung Chonburi hujung minggu lepas tanpa tonggak pertahanan mereka dari Korea Selatan iaitu, Lee Won Young. Namun, Sarawut muncul hero mereka dengan persembahan yang bagus, selain turut mencatat satu assist.

CM: Jakkraphan Kaewprom (Buriram United)

Sebagai playmaker utama Buriram United, Jakkraphan memainkan peranan yang penting dalam membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Port FC minggu lepas. Dia menghasilkan hantaran yang cantik untuk membantu Diogo Luis Santo menjaringkan gol kemenangan.

CM: Syahrian Abimanyu (Sriwijaya FC)

Bintang berusai 18 tahun ini sekali lagi membuktikan kebolehannya di atas padang, biarpun berdepan dengan pasukan gergasi seperti Persipura Jayapura, yang kini dikendalikan oleh Peter Butler. Dia mencatat dua assist untuk Sriwijaya FC minggu lepas.

LW: Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta'zim)

Selepas tews 0-4 di tangan Persija Jakarta, Johor DT berjaya bangkit semula dengan kemenangan 3-0 ke atas PKNS FC di Larkin, hujung minggu lepas. Cabrera menjaringkan dua gol malam itu, dan muncul pemain terbaik JDT di atas padang.

AM: Sandro da Silva (Kedah)

Apabila Kedah memerluka seorang hero untuk menjadi sumber inspirasi hari Jumaat lepas, Sandro menggalas tanggungjawab tersebut dengan cemerlang. Selain menjaringkan dua gol yang cantik, dia juga tidak tamak dan sempat memberi assist yang bagus untuk membantu Akram Mahinan menjaringkan gol keempat Kedah, dalam kemenangan 4-0 mereka ke atas Selangor.

RW: Phan Van Duc (Song Lam Nghe An)

Van Duc, yang bermain dengan cemerlang apabila JDT turun bertemu Song Lam bulan lepas, muncul hero pasukannya minggu lepas dengan dua gol untuk membantu mereka meraih kemenangan ke atas Can Tho.

FW: Oseni Bolaji (Hanoi FC)

Penyerang Hanoi FC ini meneruskan momentum positifnya di atas padang dengan satu lagi persembahan yang cemerlang. Kali ini, Bolaji menjaringkan hat-trick untuk membantu Hanoi FC menewaskan SHB Da Nang.

FW: David da Silva (Persebaya Surabaya)

Da Silva menjadi tunjang utama jentera serangan Persebaya hujung minggu lepas apabila berjaya mencatat hat-trick dan juga satu assist dalam kemenangan besar mereka ke atas PS Tira dalam aksi Liga 1 Indonesia

Anda setuju dengan pilihan panel penulis Football Tribe di seluruh Asia Tenggara? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook rasmi kami!