Luar Negara Eropah

Rekod-rekod hebat di sebalik kejayaan Man City meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris

Kekalahan mengejutkan yang diterima Manchester United pada 16 April lalu di tangan West Bromwich Albion di Old Trafford mengesahkan perkara yang yang merekat sekat pada minggu lalu, iaitu mengesahkan kejuaraan liga buat Manchester City pada musim ini.

Bagaimanapun, kejayaan City di Liga Perdana Inggeris sememangnya hanya menunggu waktu untuk diselesaikan. Prestasi mereka di liga tertinggi England begitu hebat. Ia dibuktikan dengan beberapa rekod yang dipecahkan. Berikut adalah senarai rekod-rekod tersebut.

 

Kemenangan berturut-turut

Manchester City meraih 18 kemenangan berturut-turut bermula dari Ogos 2017 sehingga Disember 2017 di Liga Perdana Inggeris. Jumlah itu telah mencatat rekod baru untuk Liga Perdana Inggeris.

Hantaran terbanyak musim ini

Ia bukan David Silva atau Kevin De Bruyne yang memecahkan rekod ini, sebaliknya pemain pertahanan, Nicolas Otamendi, yang berjaya menciptakan hantaran terbanyak iaitu dengan kadar 2.902 bagi musim 2017/18.

Kemenangan berturut-turut di tempat lawan

Sebelas kemenangan berturut-turut di laman lawan membuatkan mereka menyamai rekod sedia ada di Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun, keputusan seri 0-0 ketika bertemu Crystal Palace membuatkan mereka gagal mencipta rekod baru.

Menjuarai liga dengan baki saingan terbanyak

City menjuarai liga pada musim ini tatkala aksi berbaki lima perlawanan. Jumlah ini menyamai rekod yang dicatat Manchester United pada musim 2000/01, menjadikan dua kelab Manchester ini berkongsi rekod.

Pengurus terbaik bulanan berturut-turut

Pengurus pasukan, Pep Guardiola, menjadi pengurus pertama yang memenangi anugerah pengendali terbaik bulanan selama empat bulan berturut-turut. Tidak hairan mengapa dia disebutkan sebagai antara pengurus terbaik pernah berada Di England.

Pengurus pertama menjuarai Liga Perdana Inggeris

Pep Guardiola muncul pengurus pertama yang menjuarai Liga Perdana Inggeris dari Sepanyol. Rafael Benitez hampir melakukannya pada musim 2008/09 tetapi terlepas pada saat-saat akhir.

Menewaskan semua pasukan

Ketika ini, tiada pasukan yang dapat mengelakkan sekurang-kurangnya satu kekalahan ketika bertemu Man City. Pencapaian City ini menjadikan mereka sebagai kelab ketiga dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang mampu menundukkan semua pencabar.

Hantaran terbanyak dalam sesebuah perlawanan

Berdasarkan Opta, City menjadi pasukan yang meraih hantaran terbanyak dalam sebuah perlawanan di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Chelsea pada Mac lalu, dengan catatan 902 hantaran.

Mata terbanyak semusim

Rekod ini masih belum dipecahkan City tetapi mereka berupaya melakukann rekod baru untuk catatan terbaik yang dipegang oleh Chelsea ketika musim 2004/05 dengan 95 mata. Jika City memenangi kesemua baki saingan, mereka akan mengutip 102 mata.