Liga Premier Malaysia Berita

Norizam pilih logo baharu Kelantan FC bagi musim 2021

Kelantan FC akhirnya memilih logo baharu pasukan yang akan digunakan bermula musim 2021.

Logo itu menggunakan perisai berbentuk bulat yang berwarna merah, putih dan emas dengan memaparkan seekor rusa.

Logo itu juga meletakkan perkataan Kelantan Football Club, TRW dan tahun 1946 sebagai tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan ditubuhkan secara rasmi.

Terdapat juga 10 belang merah dalam logo itu yang mewakili 10 daerah di negeri itu.

Dua bintang di atas logo itu melambangkan perpaduan antara penyokong dan pasukan Kelantan.

Logo itu direka cipta oleh Muhammad Afiff Hakimi Anuar yang dinobatkan sebagai pemenang pertandingan logo dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Menurut laman Facebook rasmi TRW Kelantan FC, logo itu dipilih sendiri oleh pemilik pasukan iaitu Norizam Tukiman.

Bagaimanapun, logo yang dipilih bukanlah logo muktamad, tetapi akan diubah mengikut kesesuaian dan citarasa Norizam.