Kajian & Analisis

Piala AFF Suzuki 2018 : Vietnam vs Malaysia (Analisa Praperlawanan)

Dengan dua negara besar di Asia Tenggara yang akan bertemu malam ini, kita akan melihat lebih dekat setiap pasukan dengan analisis dari penulis kami. Mewakili Vietnam adalah Tran Tien manakala Aiman ​​Nazirmuddin daripada Malaysia akan membincangkan kekuatan dan peluang negara masing-masing menjelang pertembungan Kumpulan A yang penting ini.

Penjaga Gol

Vietnam : Dang Van Lam adalah penjaga gol terbaik di Vietnam. Dia berada dalam satu reputasi yang baik pada perlawanan pembukaan dengan Laos dan ia tidak akan mengejutkan jika beliau beraksi cemerlang ketika bertemu Malaysia nanti

Malaysia : Khairul Fahmi Che Mat adalah pemain berpengalaman. Bekas juara Piala AFF Suzuki edisi 2010 ini memiliki ketangkasan, refleks, kecekalan dan tangan yang kemas menangkap bola menjadikannya salah satu pemain terbaik dalam kedudukannya.

Pertahanan

Vietnam: Dalam pembentukan 3-4-3, jurulatih Park Hang-Seo lebih suka menggunakan pertahanan yang mempunyai peluang untuk bermain bersama sebelum ini, jadi Duy Manh dan Dinh Trong kemungkinan akan bermula. Manakala posisi pertahanan lain akan terbuka untuk persaingan diantara Ngoc Hai dan Tien Dung. Tetapi, selepas mengalami sedikit kecederaan sebelum perlawanan Laos, Tien Dung akan diketepikan.

Malaysia: Pertahanan Malaysia mempunyai resepi pengalaman dan keinginan untuk menang. Pertahanan Malaysia diketuai oleh Aidil Zafuan, yang akan berpasangan dengan Shahrul Saad. Manakala di bahagian tepi, mereka akan dibantu oleh Syahmi Safari dan Syazwan Andik, yang merupakan pemain muda yang pantas dan kreatif.

Pemain Tengah

Vietnam : Di bahagian tengah, Huy Hung akan terlepas perlawanan dengan Malaysia disebabkan kecederaan paha. Jurulatih Park Hang-Seo boleh menggunakan Quang Hai dan Xuan Truong bagi mengawal kawasan tengah selepas mempamerkan aksi terbaik mereka dalam perlawanan pembukaan. Trong Hoang dan Van Hau kemungkinan akan bermula sebagai pemain sayap

Malaysia : Semasa pertemuan dengan Laos, Tan Cheng Hoe memainkan Akram Mahinan di bahagian tengah, dan memasukkan Syafiq Ahmad yang bertindak sebagai pemain tengah menyerang. Untuk pertemuan dengan Vietnam, Tan Cheng Hoe berkemungkinan akan meletakkan Akram dan Syamer Kutty. Keupayaan mereka membaca perlawanan lawan amat ditagih Cheng Hoe kerana Vietnam akan bermain dengan sistem bola sepak laju. Akram adalah pemain yang akan banyak membantu pemain pertahanan manakala Syamer mungkin akan ditugaskan sebagai pemain tengah yang bebas untuk bergerak bagi membantu penyerang negara.

Serangan

Vietnam : Anh Duc akan menjadi penyerang tunggal untuk pasukan dalam perlawanan ini. Beliau akan dibantunya pemain kreatif seperti Van Quyet dan Cong Phuong. Ini akan menjadikan pilihan terbaik untuk serangan Vietnam pada perlawanan ini kerana penyerang lain tidak menunjukkan rekod pencapaian gol yang konsisten.

Malaysia : penyerang Malaysia sekali lagi dibahagikan kepada pengalaman dan kreativiti. Dua anak muda, Safawi Rasid dan Akyar Rashid mungkin akan diturunkan Cheng Hoe selepas menunjukkan aksi yang baik pada pertemuan dengan Laos. Mereka adalah harapan negara buat masa ini, dan pastinya akan dapat memecahkan pertahanan lawan. Tenaga mereka digabungkan dengan pengalaman Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha, Malaysia pasti dapat mencari gol kemenangan.

Jurulatih

Vietnam : Bakat Park Hang-seo telah dibuktikan apabila beliau cemerlang membawa Vietnam selaku naib juara Kejuaraan AFC B-23. Keupayaan beliau dalam membantu pemain menyesuaikan diri dengan posisi yang berbeza, kemungkinan kita akan melihat beberapa kejutan dari skuad Vietnam dalam perlawanan ini.

Malaysia : Tan Cheng Hoe adalah pengurus yang serba boleh. Beliau tahu menggunakan kelebihan yang dimiliki pemain. Dia juga seorang pengurus yang suka mengambil risiko untuk mencari gol kemenangan. Tan Cheng Hoe sudah pasti mempunyai resipi tersendiri untuk menundukkan generasi emas Vietnam.

Ramalan Jaringan

Vietnam : Vietnam 2 – 0 Malaysia

Malaysia : Vietnam 0 – 2 Malaysia