Kolum

Piala AFF Suzuki 2018 : 5 Perkara Yang Kita Belajar – Vietnam vs Malaysia

Malaysia gagal untuk mencatat kemenangan ke atas Vietnam bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Tetapi itu tidak membuktikan anak buah Tan Cheng Hoe tidak bagus, tetapi satu pengajaran yang perlu diambil untuk perlawanan terakhir menentang Myanmar di Stadium Bukit Jalil pada 24 Nov nanti.

Para pemain Malaysia perlu mengakui bahawa pasukan mereka tidak seimbang apabila kita kekurangan pemain tengah yang kreatif.

Vietnam yang membuka jaringan pada minit ke-11 melalui pemain muda berusia 23 tahun, Nguyễn Công Phượng sebelum rehat masa pertama. Pada separuh masa kedua pula Vietnam menambah beban negara dengan gol ke dua pada minit ke-60 melalui penyerang berpengalaman Vietnam, Nguyen Anh Duc yang berusia 33 tahun pada October lalu.

Tan Cheng Hoe perlu memikirkan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada pertahan negara yang tidak konsisten serta bahagian tengah yang kurang berfungsi.

Berikut adalah 5 perkara yang diambil pada pertemuan Vietnam dan Malaysia, hari ini.

1. Pemain Tengah yang kreatif.

Kita kekurangan pemain tengah yang kreatif. Pemain yang sedia ada datang daripada sistem pemain tengah bertahan, mereka kurang pantas dalam menterjemah sesuatu hantaran menjadi sesuatu peluang. Tetapi itu tidak menjadikan mereka tidak bagus, mereka menjalankan tugas dengan baik sepanjang 3 perlawanan peringkat Kumpulan A. Cuma yang menjadi kurang pada pasukan negara adalah stabiliti dalam pasukan.

Credit – e.vnexpress.net

2. Penyerang yang kurang penyudah.

Shahrel Fikri dan Norshahrul Idlan Talaha kurang menyerlah malam ini. Mungkin kerana kerap kali terpaksa turun membantu bahagian tengah negara menjadikan mereka sedikit tenggelam pada perlawanan ini. Untuk rekod, Malaysia mempunyai tujuh cubaan ke arah gol Vietnam dan cuma dua sahaja yang tepat ke gawang mereka. Malaysia perlu segera menterjemah peluang kepada gol.

Credit – e.vnexpress.net

3. Pertahanan yang tidak konsisten.

Pemain pertahan negara nampaknya seperti mengulangi kesilapan yang sama ketika bertemu Kemboja. Tidak bekerja dalam satu jabatan dengan baik serta mudah melakukan kesalahan. 

Credit – e.vnexpress.net

4. Stabiliti

Pasukan Malaysia nampak kurang seimbang di bahagian tengah apabila meletakkan dua pemain tengah bertahan. Apabila ada mana-mana jabatan yang tidak seimbang, ia membahayakan pasukan kerana pihak lawan dengan senang akan mematahkan pertahan negara. Senarai 23 pemain pilihan Tan Cheng Hoe tidak ada pemain tengah yang mampu untuk menterjemah sesuatu hantaran menjadi sesuatu peluang atau pemain yang kreatif dalam menyusun serangan ke pintu gol gawang. Perkara ini jelas apabila pemain sayap dan dua penyerang kita gagal dimanfaatkan kebolehan mereka apabila perlu turun membantu pemain tengah.

Credit – e.vnexpress.net

5. Tan Cheng Hoe.

Tan Cheng Hoe perlu segera memperbaiki segala kelemahan yang ada pada pasukan negara apabila mereka akan melayani Myanmar bagi aksi terakhir pada 24 November nanti di Stadium Bukit Jalil.