Malaysia Berita

Sandro Dirisik Dua Pasukan Liga Super

Pemain kelahiran Brazil yang mula mencipta nama di Liga Malaysia(Liga-M), Sandro Da Silva berkemungkinan akan terus beraksi di Liga M setelah dikhabarkan bahawa ada beberapa kelab Liga Super mahu mengambil khidmat beliau untuk musim hadapan.

Beliau yang bermain dengan Kedah sejak musim 2015 dikaitkan dengan Melaka United (MU) dan FELDA United. Kedua-dua pasukan ini dilihat menunjukkan minat untuk menandatangai beliau.

Sandro sudah menempa nama di Kedah dengan memenangi pelbagai gelaran seperti Piala Malaysia, Liga Perdana, dan Piala FA. Reputasi beliau diakui oleh lawan mahupun kawan.

Selaind daripada itu, Sandro adalah pemain yang berdisiplin di atas padang dan menjadikan jurulatih senang bekerja bersama beliau.

“Jadi tidak hairanlah dia sentiasa diintai pasukan tempatan dan luar negara. Saya yakin Sandro dapat membuat pilihan yang tepat untuk musim baharu nanti.

“Kedua-dua pasukan itu telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam Liga M musim ini dan pastinya mahu mendapatkan pemain berpengalaman dan berkualiti,” kata sumber daripada Berita Harian.

Beliau yang digugurkan daripada skuad Lang Merah menegaskan yang beliau masih mahu beraksi di Liga M walaupun tidak bersama Kedah lagi.