Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Park Sang-heo Puas Dengan Aksi Anak Buah

Jurulatih Vietnam, Park Sang-heo  memuji pemain beliau selepas mempamerkan aksi yang baik pada kejuaraan Piala AFF selepas menewaskan Malaysia 2-0 dalam aksi Kumpulan A di laman sendiri.

Vietnam yang turun dengan reputasi besar hanya menggunakan taktik bertahan sepanjang perlawanan dan hanya turun menyerang dengan gerakan pantas. Taktik beliau jelas menjadi apabila berjaya menjaringkan gol pada awal minit perlawanan melalui Nguyen Cong Phuong dan pada minit ke-60 melalui Nguyen Anh Duc pada babak kedua.

Dengan berbaki dua perlawanan, Sang-heo tidak mahu anak buahnya terlalu selesa sehingga hilang fokus. 

“Saya gembira dengan kemenangan pada malam ini (semalam), tiga mata ini cukup penting kerana kami beraksi di laman sendiri.  Ia perlawanan yang sukar kerana seperti dijangka Malaysia memberi tentangan sengit.

“Namun, kami tidak boleh berpuas hati, kami masih belum layak kerana masih ada lagi perlawanan, jadi kami kena fokus pada perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Sang-heo yang mempunyai rekod yang baik apabila membawa pasukan B-23 Vietnam muncul naib juara Kejohanan AFC di China pada Januari lalu serta skuad senior yang layak ke pusingan akhir Piala Asia tahun hadapan.

Senarai pemain beliau juga terdiri daripada pemain B-23 negara sambil dibantu tujuh pemain senior.

Vietnam yang turun menentang Malaysia dengan disiplin yang tinggi apabila berjaya beraksi cemerlang dalam memburu kemenangan kedua peringkat Kumpulan A setelah mengalahkan Laos pada perlawanan pembukaan.

“Saya tidak menurunkan kapten (Van Quyet) kerana saya memilih pemain mengikut strategi permainan dan mengikut kekuatan lawan.

“Chong Phuong pula menjaringkan gol menentang Laos dan sekali lagi dalam perlawanan malam ini (semalam), dia memiliki kemahiran dan boleh menjaringkan gol dalam sudut sukar, jadi saya percaya dia akan menjaringkan gol lagi selepas ini,” katanya kepada Berita Harian