Itali mara ke final Euro 2020 selepas menewaskan Sepanyol 4-2 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam tempoh 90 minit.
Federico Chiesa menjaringkan gol cantik pada minit ke-60 namun Itali dikejutkan dengan jaringan Alvaro Morata pada minit ke-80.
Dengan keputusan kekal sehingga tamat 90 minit, Morata dianggap sebagai wira Sepanyol kerana menyelamatkan mereka daripada tersingkir.
Bagaimanapun, beliau jugalah menjadi punca Sepanyol tersingkir apabila gagal menyudahkan sepakan penalti, menghadiahkan Itali perlawanan akhir Euro 2020.
Walaupun Morata mencipta sejarah apabila menjaringkan lebih banyak gol di Euro iaitu enam gol, mengatasi lima gol Fernando Torres, sepakan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.
Luis Enrique bagaimanapun mempertahankan Morata.
“Dia mempunyai masalah kecederaan dan itu benar-benar menunjukkan personalitinya dan dia mahu ambil sepakan penalti. kata Luis Enrique pada sidang media selepas perlawanan.
“Dia telah melalui beberapa waktu yang sukar sepanjang pertandingan ini tetapi dia cemerlang dalam setiap perlawanan.”