Liga Super Malaysia Berita

15 pasukan mohon lesen kebangsaan 2025-2026

Kesemua kelab Liga Super termasuk dua kelab dari Liga A-1 Semi-Pro, Melaka FC dan Imigresen FC telah memuatnaik dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026.

Ini bermakna, permohonan itu melibatkan 13 pasukan Liga Super dan 2 pasukan liga semi-pro.

Ini setelah First Instance Body (FIB) memaklumkan bahawa 10 Mei 2025 adalah tarikh tutup untuk permohonan tersebut.

Unit Kelab Pelesenan MFL kini dalam proses membuat semakan terhadap semua 387 Dokumen berkaitan kriteria Kewangan, Perniagaan, Kakitangan & Pentadbiran, Perundangan, Sukan dan Infrastruktur bagi kelab Liga Super manakala 98 dokumen kelab Liga A-1 Semi-Pro.

Unit Kelab Pelesenan MFL akan menyediakan laporan lengkap untuk diserahkan kepada FIB yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membuat keputusan mengenai permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026.

“Selepas selesai segala proses berkenaan, FIB akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026,” kata Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

Tiada lagi tempoh lanjutan masa akan diberikan kepada semua pasukan.