Johor Darul Ta’zim mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama yang menjuarai Liga Super buat 10 kali berturut-turut.
Kemenangan itu dikecapi dengan menewaskan PDRM 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT mengambil masa lebih 30 minit untuk menjaringkan gol sebelum Bergson akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-37.
Tiga minit kemudian, Juan Muniz menambah gol kedua menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama.
JDT dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Arif Aiman pada minit ke-53.
Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan JDT apabila menjaringkan gol ke-18 pada minit ke-56.
Keputusan 4-0 kekal hingga tamat perlawanan, dengan JDT mengumpul 64 mata daripada 22 perlawanan.
Kedudukan mereka jauh meninggalkan Selangor di tangga kedua dengan 49 mata daripada 22 perlawanan.