Luar Negara Eropah

Kami tiada masalah kalau United mahu main bertahan – Jurgen Klopp

Selepas Dejan Lovren memerli United kerana bermain secara bertahan, giliran pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula menyindir Manchester United dan Jose Mourinho.

Menurut Klopp, perdebatan mengenai corak permainan siapa lebih bagus tidak relevan kerana apa yang penting adalah memenangi trofi.

Klopp menyatakan bahawa pengurus United, Jose Mourinho ‘dibenarkan’ mengamalkan taktikal sebegitu dan tidak dia kerana Mourinho berjaya memenangi trofi bersama Red Devils.

“Kami perlu meyakinkan orang ramai dengan corak permainan kami.

“Bermain secara bertahan dan tidak menang apa-apa tidak akan memberikan sebarang hasil.

“Kamki tidak boleh melakukannya di sini, tiada siapa akan menerimanya…tetapi jika Liverpool memenangi kejuaraan selepas musim ini, tiada siapa akan bertanya bagaimana ia berlaku. Tidak seorang pun.

“Dengan cara ini, tiada jaminan kami akan berjaya kerana ada banyak perkara lain, tetapi kami perlu meyakinkan orang ramai dengan corak permainan kami – bahawa penyokong akan mendapat sesuati jika mereka tidak memenangi sebarang kejuaraan di penghujung musim.”

Dengan trio Liverpool, Firmino, Salah dan Mane sedang berada di kemuncak prestasi pastinya Liverpool akan mencuba bermati-matian untuk menewaskan United di Old Trafford. Adakah Jose Mourinho akan bermain secara bertahan atau akan ada kejutan dari United? Malam ini semua persoalan akan terjawab.