
AFL kini dalam proses mengesahkan penyertaan pasukan terutamanya di Liga A1 Semi-Pro yang dijadualkan bermula pertengahan Julai nanti.
Setakat ini, AFL memberi keutamaan kepada pasukan-pasukan Liga A1 sedia ada serta yang layak dari Liga A2 musim lalu.
“AFL turut mengambil pendekatan untuk mengambil kira permohonan pasukan-pasukan baharu yang dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
“Khususnya pasukan-pasukan yang telah berada di di dalam piramid Liga Malaysia musim terdahulu iaitu Piala MFL, Liga A2 dan Liga A3.
AFL juga berhasrat membentuk Liga Divisyen 2 yang berkualiti dalam mengisi kekosongan setelah Liga Premier dan Piala MFL tidak lagi dianjurkan.
“Sasaran AFL adalah untuk mendapatkan 14 pasukan terbaik yang dilihat berpotensi dan bersedia untuk dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2026-2027.
AFL juga menerima permohonan daripada pasukan amatur dari luar negara dan satunya daripada Korea Selatan.
“AFL sedang meneliti dan menilai perkara ini dan jika mereka disahkan bermain dengan liga kita, mereka perlu berpangkalan di Malaysia.”