Malaysia Berita

Malaysia lawan Cape Verde 29 Mei ini

Skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski akan bertemu Cape Verde pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 29 Mei 2025, jam 9:00 malam.

Cape Verde merupakan negara kepulauan yang terdiri daripada 10 pulau di Afrika Barat yang bertutur bahasa Portugis dan kini menduduki ranking FIFA ke-72 dunia.

Malaysia ketika ini menduduki ranking ke-131 dunia.

Kedua-dua pasukan juga akan bertemu kali kedua pada satu lagi perlawanan berstatus perlawanan latihan yang akan diadakan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Jun 2025.

Ini sebahagian daripada persiapan menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9:00 malam.

Pada 25 Mac lalu, skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan F dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.