Other Editions

FIFA Mengubah Format Piala Dunia Kepada 48 Pasukan Mulai Edisi 2026

FIFA hari ini telah mengesahkan akan menambah bilangan pasukan yang bertanding dalam kejohanan Piala Dunia dari 32 pasukan kepada 48 pasukan mulai tahun 2026.

Ini merupakan perubahan kali pertama sejak edisi Piala Dunia 1998 yang menggunakan format 32 pasukan bertanding dalam peringkat kumpulan.

Sejak edisi pertama Piala Dunia diadakan, sudah 3 kali bilangan pasukan ditambah  daripada hanya 13 pasukan kepada 32 pasukan seperti format semasa.

Edisi Pertama Piala Dunia 1930 dengan hanya 13 pasukan bertanding.

Pada 1934, bilangan pasukan telah ditambah menjadi 16 pasukan -1st Expansion.

48 tahun selepas itu pada 1982, bilangan pasukan telah ditambah dari 16 pasukan kepada 24 pasukan bertanding – 2nd Expansion.

16 tahun berselang, pada edisi 1998 di France, merupakan kali pertama Piala Dunia dilangsungkan dengan 32 pasukan bertanding – 3rd Expansion.

Seterusnya, mengikut perancangan yang telah dikemaskini sebentar tadi, mulai edisi 2026, jumlah pasukan bertanding akan ditambah menjadi 48 pasukan – 4th Expansion.

Bagaimana dengan format pertandingan peringkat awal?

Berdasarkan maklumat yang diterima, Piala Dunia edisi 2026 akan dilangsungkan dengan format 16 kumpulan, 3 pasukan setiap kumpulan. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan 32 pasukan terbaik seterusnya. Berdasarkan format ini, ia akan mengakibatkan bilangan perlawanan meningkat dari 64 perlawanan kepada 80 perlawanan.

Siapa Akan Mendapat Kelebihan Menggunakan Format Baru?

Negara-negara kecil dan yang kerap kali tersangkut pada peringkat akhir kelayakan dilihat sebagai golongan yang akan menerima impak besar.

Selain itu, negara-negara terutamanya dari Afrika dan Asia juga akan menerima impak yang positif kerana dari 211 ahli gabungan FIFA, 110 ahli adalah dari kedua-dua buah benua ini – namun mereka hanya memiliki slot yang kecil ke Piala Dunia.

Slot dan kuota bagi setiap benua akan diumumkan secara rasmi selepas mendapat kelulusan dari kongres FIFA.

 

Siapa Yang Menentang Perubahan Ini?

Juara Piala Dunia 2014, Jerman, dengan lantang menentang penambahan pasukan kepada 48 pasukan. Presiden DFB, Reindard Grindel memberitahu media, kesan penambahan pasukan ini akan mencemarkan kualiti bola sepak itu sendiri serta yang paling kritikal adalah ia akan membebankan pemain-pemain yang beraksi di Eropah.

Kenyataan itu disokong oleh Kesatuan Kelab Bola Sepak Eropah yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak bersetuju dengan format baru itu kerana bilangan perlawanan yang sedia ada sekarang sudah berada ditahap ‘unacceptable’, apatah lagi untuk menambah bilangan perlawanan di Piala Dunia.

The European Club Association reiterates that it is in principle not in favour of an expanded World Cup.

We fail to see the merits to changing the current format of 32 that has proven to be the perfect formula from all perspectives. Questionable is also the urgency in reaching such an important decision, with 9 years to go until it becomes applicable, without the proper involvement of stakeholders who will be impacted by this change.

We understand that this decision has been taken based on political reasons rather than sporting ones and under considerable political pressure, something ECA believes is regrettable.

ECA will analyse in detail the impact and the consequences of the new format and will address the matter at the next meeting of its Executive Board scheduled for the end of January.

– THE EUROPEAN CLUB ASSOCIATION STATEMENT

Selain itu, banyak pendapat menyatakan bahawa FIFA lebih melihat keuntungan dari segi kewangan hasil pertambahan pasukan dalam pertanding Piala Dunia nanti. Jika 48 pasukan bertanding, FIFA menjangkakan akan memperoleh peningkatan pendapatan sekitar USD1 billion hasil dari penjualan hak penyiaran, jualan tiket serta penajaan untuk peringkat pertama kejohanan sahaja.

Isu Berbangkit Mengenai Logistik

Dengan pertambahan itu juga akan menyebabkan isu logistik menjadi lebih kritikal kepada tuan rumah pertandingan.

48 pasukan bertanding dalam 16 buah kumpulan, sekurang-kurangnya 12 buah stadium yang diiktiraf serba lengkap untuk menjadi venue perlawanan diperlukan. Ini belum lagi ditambah dengan keperluan lain untuk setiap pasukan seperti kemudahan penginapan dan fasiliti latihan serta lain lain perkara lagi.

Kami melihat jika perkara ini dipersetujui, isu slot dan kuota bagi setiap benua akan menjadi perkara paling mendapat perhatian.  bergantung kepada bagaimana 48 slot itu akan ditentukan, tetapi ianya akan menjadi subjek diskusi dan negosiasi keras serta ‘high-stake political calculus’.