Berita Malaysia

Ketua jurulatih Indonesia puji kemudahan padang latihan di Malaysia

Dengan Piala AFC Bawah 16 tahun bakal berlangsung tidak lama lagi, sudah ada pasukan yang berada di Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan padang di Malaysia.

Juara Piala AFF Bawah 16 tahun, Indonesia merupakan pasukan terawal yang berada di Malaysia untuk melakukan persiapan. Mereka sudah merancang beberapa perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala AFF Bawah 16 tahun.

Pasukan muda Indonesia mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 17 tahun Sime Darby FC dan ketua jurulatih Indonesia merasa kagum dengan pusat latihan Sime Darby FC yang terletak di Bukit Jelutong.

Menerusi laman Instagram peribadinya, ketua jurulatih Indonesia, Fakhri Husaini memuji padang Sime Darby FC.

“Bila agaknya kita mempunyai kemudahan padang latihan seperti ini untuk pasukan kebangsaan? Kita sudah merdeka 73 tahun, sudah dipimpin tujuh orang presiden, skuad kebangaan masih belum mempunyai pusat latihan milik sendiri.”

Piala AFC bawah 16 tahun akan berlangsung di Malaysia pada 20 September hingga 7 Oktober ini. Indonesia berada dalam kumpulan G bersama Thailand, Timor Leste, Laos dan Mariana Utara. Malaysia pula berada dalam Kumpulan J bersama Jepun, Singapura dan Guam.