Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Analisis: Honda selamatkan Jepun, tiga mata tidak ke Mane

Dramatik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai perlawanan di antara Senegal dan Jepun. Empat jaringan dengan dua gol untuk setiap pasukan. Dua kali Jepun bangkit dari ketinggalan selepas Senegal menjaringkan gol menerusi Sadio Mane dan Moussa Wague.

Takashi Inui dan Keisuke Honda menjadi penyelamat kepada Samurai Biru. Kedua-dua pasukan masih boleh layak atau terkeluar daripada persaingan dengan Jepun perlu berdepan Poland dan Senegal akan berdepan Colombia. Ini analisis bagi perlawanan yang penuh dramatik ini.