Skuad Harimau Malaya tewas tipis 1-2 kepada Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, malam semalam.
Pemain tengah Syria, Almarmour Mohammad akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-81 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti sebelum Mohamad Rafat Muhtadi menambah duka kepada tuan rumah selang tiga minit (minit ke-84).
Darren Yee Deng Lok menghadiahkan gol saguhati kepada anak buah Nelo Vingada menerusi sepakan penalti ketika masa tambahan. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=SkznwVl0cDA