Sukan SEA

Peluang Malaysia Jadi Juara Kumpulan A

Malam ini akan berlangsung perlawanan terakhir kumpulan A, dimana Malaysia akan bertemu dengan Laos dan Singapura bertemu Brunei.

3 pasukan tersebut sudah pun terkeluar dari saingan dan hanya Malaysia yang masih berjuang untuk menjadi juara kumpulan A seterusnya akan berjumpa dengan naib juara kumpulan B dalam peringkat separuh akhir.

Jadual Dan Kedudukan Semasa Kumpulan A

Seri Cukup Untuk Muncul Juara Kumpulan

Terikat 9 mata dengan pasukan Vietnam dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol, keputusan seri sudah cukup untuk Malaysia muncul juara kumpulan dengan 10 mata.

Vietnam yang sudah bermain semua 4 perlawanan hanya menunggu samada mereka akan muncul sebagai juara kumpulan sekiranya Malaysia tewas kepada Laos, atau pun sebagai naib juara sekiranya Malaysia mencatatkan sekurang-kurangnya seri bertemu Laos malam ini.

Kekalkan Rekod Bersih Tanpa Kalah

Malaysia yang masih belum tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan pastinya mahu mengekalkan rekod tersebut.

Dengan prestasi pemain serta motivasi yang jelas berada pada tahap tertinggi sekarang, Malaysia dijangka tidak akan mempunyai masalah untuk memperoleh kemenangan menentang Laos malam ini seterusnya muncul juara Kumpulan A mengatasi Myanmar.

Malaysia akan bertemu Laos malam ini di Stadium Shah Alam pada jam 8:45 malam.