Berita

Surat undangan daripada Chelsea bukti JDT dikenali dunia

Pemilik kelab bolasepak Johor DT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima undangan rasmi daripada Kelab Bolasepak Chelsea untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Chelsea dalam kejohanan ‘International Champions Cup’ yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Singapura. Chelsea akan menentang Bayern Munich dalam perlawanan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 25hb Julai 2017.

Undangan ini adalah salah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Kelab Chelsea dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang.

Surat undangan ini juga telah membuktikan bahawa misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini yang mahukan JDT dikenali dunia tetap diteruskan. Sebelum ini, JDT telah mengadakan hubungan luar dengan beberapa kelab Eropah seperti Borussia Dortmund, Valencia dan kelab dari Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo.

Ia adalah satu perkara yang positif apabila JDT mempunyai kaitan dan perhubungan dengan kelab-kelab besar bola sepak dunia.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA UNDANGAN DARIPADA KELAB CHELSEA BAGI MENYAKSIKAN PERLAWANAN 'INTERNATIONAL CHAMPIONS CUP…

JOHOR Southern Tigersさんの投稿 2017年6月28日