Cardiff City telah menandatangani penjaga gol Filipina, Neil Etheridge berikutan keputusannya untuk menolak kontrak baru dengan kelab Liga One, Walsall.
Bekas pelatih Fulham yang berusia 27 tahun itu ditawarkan kontrak tiga tahun yang lebih baik oleh Saddlers. Cardiff juga telah menandatangani pemain sayap Nathaniel Mendez-Laing dengan pemindahan percuma dari Rochdale.
“Saya rasa dia dapat menyumbang banyak kepada kami musim depan,” kata pengurus Bluebirds, Neil Warnock.
Kedua-dua pemain akan secara rasmi menyertai sesi latihan pasukan Cardiff mulai 1 Julai ini.
Etheridge juga pernah bermain untuk Bristol Rovers, Crewe Alexandra, Charlton Athletic dan Oldham Athletic. Beliau telah menjadi penjaga nombor satu Walsall sejak dua musim lalu, menjadikannya kepada 94 penampilan.
“Kami tidak mempunyai penjaga gol yang besar, dan pemain mempunyai ketinggian 6 kaki keatas, “kata Warnock.
“Dia sentiasa keluar di puncak apabila kita bercakap tentang penjaga gol dan kami gembira kerana dia bersetuju menandatangani kontrak dengan kelab kami.”
Walsall melepaskan penjaga gol pilihan kedua, Craig MacGillivray pada akhir musim, tetapi telah menawarkan kontrak baru kepada pilihan ketiga, Liam Roberts, yang telah dipinjamkan ke Chester musim lalu.
Neil Etheridge telah membuat lebih 50 penampilan antarabangsa untuk skuad kebangsaan Filipina, walaupun telah mewakili England pada peringkat remaja.
Dia layak mewakili Filipina melalui status warganegara ibunya. Beliau juga pernah beraksi dalam kejohanan AFF Cup dan AFC Challenge Cup bersama skuad kebangsaan Filipina.