Nazar Andik Vermansah Jika Selangor Juara Piala Malaysia 2016

medium_6bc18431afdadacc490efc9e210cdc80

Selepas berjaya membawa Selangor ke saingan akhir TM Piala Malaysia 2016, Andik Vermansah sudah mempunyai nazar sekiranya berjaya membantu Selangor menjuarai TM Piala Malaysia 2016 pada 30 Oktober 2016 di Stadium Shah Alam nanti.

Nazar ini telah dibuat selepas berjaya menewaskan T-Team pada saingan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2016 yang lalu.

Andik akan membawa keluarganya serta beberapa rakan rapatnya bercuti ke Bali selama 3 hari 2 malam. “Semua saya yang bayar, jadi mereka tinggal bawa badan saja,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan, perkara ini akan dibuat hanya jika Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia kerana bonus kemenangan yang besar membolehkan beliau membawa ahli keluarga dan sahabatnya ke Bali.

“Ya, pasti tidak akan ada liburan kalau tidak bergelar juara. Tetapi saya dan rakan sepasukan akan berusaha keras untuk menjuarai Piala Malaysia selepas sampai ke tahap ini”.

Ini merupakan final ke 2 Andik dalam kejohanan Piala Malaysia, selepas berjaya menewaskan lawan yang sama musim lalu. Peluang untuk merealisasikan kejuaraan kali ke 2 berturut-turut ini sudah berada didepan mata dan Andik pasti tidak akan membiarkan begitu sahaja.

BACA JUGA: Bagaimana Andik Vermansah Membelanjakan Bonus Juara TM Piala Malaysia 2015 Di Indonesia