Liga Super Malaysia

Wajarkah Isu Kad Kuning Martin Lucero Di Semak Semula Dan Apakah Impak Kepada Pasukan Lain?

Isu Kedah ditolak 3 mata akibat menurunkan pemain yang menjalani penggantungan telah menjadi isu besar sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta kekeliruan beberapa pihak yang menerima kesan secara tidak langsung.

Dalam artikel ini, kami cuba untuk melihat kembali beberapa insiden penggantungan yang mungkin boleh disemak semula.

Berdasarkan peraturan 3 kad kuning terkumpul, pemain perlu digantung 1 pada perlawanan seterusnya. Kiraan kad terkumpul di Liga Super tidak akan dikira dalam kejohanan lain seperti Superbest Power Piala FA dan TM Piala Malaysia. Jadi penggantungan hanya berlaku dalam kejohanan Liga Super sahaja.

Kami menyemak semula 3 pasukan teratas JDT I, Felda United dan Kedah berkenaan pemain mana dan berapa pemain digantung dengan sistem kiraan 3 kad kuning terkumpul.

 

Johor Darul Ta’zim

received_10208769388608438-edit

1)Aidil Zafuan

  • MSL#06 (5/4 JDT I lwn Perak)
  • MSL#16 (3/8 P.Pinang lwn JDT I)
  • MSL#17 (6/8 Perak lwn JDT I)

Zafuan digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#18 (16/8 JDT I lwn PDRM)

2) Safiq Rahim (JDT I)

  • MSL#04 (1/3 JDT l lwn Felda Utd)
  • MSL#06 (5/4 JDT I lwn Perak)
  • MSL#09 (23/4 Kedah lwn JDT I)

Shafiq digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#10 (6/5 JDT I lwn P.Pinang)

3) Harris Harun (JDT I)

  • MSL#09 (23/4 Kedah lwn JDT I)
  • MSL#11 (18/5 JDT I lwn Pahang)
  • MSL#13 (16/7 JDT I lwn Kedah)

Harris digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
°MSL#14 (22/7 Sarawak lwn JDT I)

4) Harris Harun (JDT I)

  • MSL#17 (6/8 Perak lwn JDT I)
  • MSL#18 (16/8 JDT I lwn PDRM)
  • MSL#19 (24/8 Felda Utd lwn JDT I)

Harris digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#20 (9/9 JDT I lwn Terengganu)

5) Martin Lucero (JDT I)

  • MSL#07 (8/4 Kelantan lwn JDT I)
  • MSL#15 (26/7 JDT I lwn Kelantan)
  • MSL#17 (6/8 Perak lwn JDT I)

Lucero digantung 1 perlawanan, tetapi masih diturunkan.
MSL#18 (16/8 JDT I lwn PDRM)

 

Kedah Darul Aman

12716079_1107272479305228_7680628576659892715_o

1) Bang Seung Hwan (Kedah)

  • MSL#12 (21/5 PDRM lwn Kedah)
  • MSL#16 (3/8 Kedah lwn Pahang)
  • MSL#18 (16/8 Kedah lwn Sarawak)

Bang Seung Hwan digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#19 (28/8 Kelantan lwn Kedah)

2) Baddrol Bakhtiar (Kedah)

  • MSL#03 (27/2 Perak lwn Kedah)
  • MSL#07 (9/4 Kedah lwn P.Pinang)
  • MSL#13 (16/7 JDT I lwn Kedah)

Baddrol Bakhtiar digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#14 (23/7 Kedah lwn T Team)

3) Liridon Krasniqi (Kedah)

  • MSL#10 (4/5 Pahang lwn Kedah)
  • MSL#12 (21/5 PDRM lwn Kedah)
  • MSL#15 (26/7 P.Pinang lwn Kedah)

Liridon digantung 1 perlawanan, untuk MSL#15 Liridon mengutip 2 kad kuning membawa kepada kad merah dan tidak diturunkan.
MSL#16 (3/8 Kedah lwn Pahang)

4) Azmeer Yusoff (Kedah)

  • MSL#01 (13/2 Felda Utd lwn Kedah)
  • MSL#03 (27/2 Perak lwn Kedah)
  • MSL#19 (24/8 Kelantan lwn Kedah)

Azmeer digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#20 (10/9 Kedah lwn Perak)

5) Rizal Ghazali (Kedah)

  • MSL#01 (13/2 Felda Utd lwn Kedah)
  • MSL#12 (21/5 PDRM lwn Kedah)
  • MSL#15 (26/7 P.Pinang lwn Kedah)

Rizal digantung 1 perlawanan, tetapi Kedah menurunkan Rizal. Pahang diberikan kemenangan percuma 3-0.
MSL#16 (3/8 Kedah lwn Pahang)

 

Felda United FC

4986995_orig

1)Gilberto Maranggoni (Felda Utd)

  • MSL#01 (13/2 Felda Utd lwn Kedah)
  • MSL#02 (16/2 Sarawak lwn Felda Utd)
  • MSL#06 (4/4 Terengganu lwn Felda Utd)

Gilberto digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#07 (8/4 Felda Utd lwn Selangor)

2)Aizuddin Latif (Felda Utd)

  • MSL#01 (13/2 Felda Utd lwn Kedah)
  • MSL#03 (27/2 Felda Utd lwn T Team)
  • MSL#04 (1/3 Felda Utd lwn JDT I)

Aizuddin digantung 1 perlawanan, untuk MSL#04 Aizuddin mengutip 2 kad kuning membawa kepada kad merah dan tidak diturunkan.
MSL#05 (12/3 Felda Utd lwn Pahang)

4)Syamim Yahya (Felda Utd)

  • MSL#04 (1/3 JDT I lwn Felda Utd)
  • MSL#16 (3/8 Kelantan lwn Felda Utd)
  • MSL#19 (24/8 Felda Utd lwn JDT I)

Syamim digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#20 (10/9 T Team lwn Felda Utd)

5)Norfazly Alias (Felda Utd)

  • MSL#17 (6/8 Felda Utd lwn Terengganu)
  • MSL#18 (16/8 Pahang lwn Felda Utd)
  • MSL#19 (24/8 JDT I lwn Felda Utd)

Norfazly digantung 1 perlawanan, untuk MSL#19 Aizuddin mengutip 2 kad kuning membawa kepada kad merah dan tidak diturunkan.
MSL#20 (10/9 T Team lwn Felda Utd)

6)Hasnizaidi Jamian (Felda Utd)

  • MSL#01 (13/2 Felda Utd lwn Kedah)
  • MSL#02 (16/2 Sarawak lwn Felda Utd)
  • MSL#07 (8/4 Felda Utd lwn Selangor)

Hasnizaidi digantung 1 perlawanan, dan tidak diturunkan.
MSL#08 (20/4 Felda Utd lwn PDRM)

Rumusan.

Kedah ada 5 kes, dan kes Rizal Ghazali telah mengakibatkan Kedah hilang 3 mata. Felda United ada 5 kes, semuanya betul. JDT I mempunyai  5 kes, dan kes Martin Lucero boleh disemak semula untuk memastikan tiada kekeliruan.

Impak Kes Lucero?

Jika betul kes Lucero ada kesilapan akan ada 2 kesan.
1) PDRM selamat dari jatuh ke Liga Perdana 2017, dan menolak Pulau Pinang ke tangga ke-11 Liga Super 2016.
2) JDT I hilang status ‘invincible season’ kerana kalah 0-3.

Kami akan terus membuat analisis lengkap bagi 12 pasukan Liga Super 2016 dan dikemaskini secepat mungkin.