Luar Negara Berita

Lionel Messi bakal sertai PSG, berganding dengan Neymar dan Mbappe

Sehari selepas meninggalkan Barcelona, Lionel Messi dilaporkan akan menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Wartawan sukan Perancis, Mohamed Bouhafsi melaporkan, Messi sudah pun bersetuju dengan kontrak dua tahun, dengan pengumuman rasmi bakal diadakan minggu depan.

 

Sebelum ini Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino juga mengakui bahawa Messi adalah “pilihan” yang sedang dinilai oleh pengurusan kelabnya.

Perpindahan ke PSG bukan sahaja akan menyatukan semula Messi dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, ​​Neymar, malah beliau akan bergandingan dengan Kylian Mbappe.

Wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano juga mengesahkan bahawa Messi akan menyertai PSG tidak lama lagi.

Jika menjadi kenyataan, Messi buat pertama kali dalam sejarah akan beraksi dalam saingan Ligue 1, saingan liga lain selain daripada La Liga.

Beliau juga berdepan kemungkinan akan bertemu bekas pasukannya Barcelona, dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.