Luar Negara Berita

Video – Kenapa Barcelona begitu terdesak mahu menjual Coutinho?

Dengan jendela perpindahan bakal ditutup hari ini, kisah dua pemain perancang terbaik dunia dihangatkan kembali.

Tottenham Hotspurs dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Philippe Coutinho dari Barcelona secara pinjaman, lapor Sky Sport.

Manakala Manchester United pula sedang mempertimbangkan untuk membida Christian Eriksen dengan pemain tengah Spurs itu sudah berada di akhir kontrak beliau.

Kaveh Solhekol, wartawan sukan di Sky Sport ketika bercakap kepada The Transfer Show telah memberi pandangan beliau mengenai potensi kedua-dua perpindahan ini berlaku.

“Kenapa Barcelona mahu menjual Coutinho, pemain yang mereka telah habiskan begitu banyak wang, ia adalah £ 142 juta,” katanya

“Barcelona telah menandatangani Antoine Griezmann musim panas ini dan mereka juga mahu mengumpul dana untuk cuba mendapatkan Neymar kembali dari PSG, jadi salah satu pemain yang mereka lihat untuk dilepaskan adalah Philippe Coutinho.

“Dia [Coutinho] telah ditawarkan kepada banyak kelab, beberapa kelab terbesar di Eropah, dan salah satu kelab itu adalah Spurs.

“Maklumat kami pada petang ini adalah Spurs sangat berminat untuk mendapatkan beliau, sehingga kini Spurs menjadi kegemaran untuk menandatanganinya.”

Tottenham kemudian lebih cenderung untuk membiarkan pemain antarabangsa Denmark, Eriksen berpindah ke Old Trafford, seperti yang dijelaskan oleh Dharmesh Sheth juga wartawan yang berpengalaman di Sky Sport.

“Ini berpotensi besar,” kata Sheth.

“Perpindahan Coutinho ke Spurs dapat menguatkan lagi kisah yang kami bawa sebelum ini bahawa United berminat dengan Eriksen dan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Eriksen sebelum tarikh akhir perpindahan.

“Status kontrak Eriksen adalah isu besar bagi Tottenham di sini, kerana dia telah memasuki tahun akhir kontraknya.

“Dia [Eriksen] mengaku pada awal musim panas ini, dia [Eriksen] ingin ‘mencuba sesuatu yang baru’. Dia [Eriksen] juga berkata dia gembira di Tottenham, dia [Eriksen] menyukai kelab itu, menyukai peminat dan tidak menolak menandatangani kontrak baru.” Katanya.