Luar Negara Berita

Video – Tekanan hidup antara punca Rooney pilih untuk pulang ke England

Wayne Rooney telah melengkapkan perpindahan beliau ke Derby County selepas bersetuju menjadi pemain-jurulatih kelab Liga Kejuaraan Inggeris, umum DC United yang berpangkalan di Washington, semalam.

Perpindahan beliau ke England telah mengejutkan ramai orang selepas beliau berjaya mempamerkan aksi terbaik sepanjang beliau bermain untuk DC United.

Tetapi apakah sebab sebenar disebalik perpindahan mengejut Rooney ke Derby County?

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Sky Sport, Wayne Rooney dikatakan tidak dapat bertahan dengan tekanan hidup di Amerika, jauh dari kawan dan orang tersayang telah menjadi salah satu sebab mengapa beliau memilih untuk berpindah kembali ke England.

Isteri Rooney, Coleen juga dilaporkan susah untuk hidup dengan budaya baharu di tengah bandaraya US dan bulan lalu, pengendali DC United, Ben Olsen telah memberi rehat ‘mental dan fizikal’ kepada Wayne Rooney.

Semasa kempen MLS berhenti sebentar, Rooney pulang ke Cheshire dan telah memberitahu teman-teman beliau yang kehidupan di England lebih baik untuk mereka dan keempat-empat anak mereka.

Terdesak untuk mencari jalan penyelesaian, agen Rooney, Paul Stretford telah membantu beliau dalam meneroka peluang baharu yang terdapat di England dan telah membawa lagenda Manchester United ke Derby.

Di atas padang, Rooney mungkin dilihat sebagai bintang dengan berjaya membawa DC United daripada bawah sehinggalah kepada peringkat play-off dan telah menjaringkan 23 gol dalam 42 perlawanan.

Tetapi kehidupan berbeza buat pemain ini di luar padang, Rooney terdahulu pernah ditahan oleh polis pada Januari lalu selepas didapati mabuk, selain itu dia juga ditahan disebabkan menghampur kata-kata makian.

Disebabkan itu, telah wujud satu perjanjian kewangan di antara DC United dan Rooney dengan pemain itu bersetuju untuk kekal sehingga penghujung musim ini – sehingga November – dan Derby tidak perlu membayar apa-apa yuran perpindahan.

Rooney dilaporkan sudah memulakan kursus kejurulatihan ketika beliau di Washington dan akan dilaporkan akan meneruskan kursus tersebut sehingga beliau menyertai Derby pada Januari nanti.