Luar Negara Berita

Video – Virgil van Dijk beri amaran kepada Harry Maguire

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk memberi amaran kepada pertahanan baharu Manchester United, Harry Maguire bahawa ada harga yang perlu dibayar selepas menjadi pemain pertahanan termahal dunia.

Dengan tanda harga sebanyak 88 juta euro, Maguire telah melepasi rekod yang dicatat oleh pertahanan Belanda ketika beliau membuat perpindahan keluar dari Southampton ke Liverpool pada 2018.

Van Dijk menjelaskan bahawa ada harga yang perlu dibayar oleh Maguire selepas hadir dengan tanda harga yang tinggi.

“Harga datang dengan tekanan tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa kerana anda sentiasa mempunyai tekanan di kelab besar seperti Man United,” kata Van Dijk kepada Sky Sports.

“Tidak mudah untuk mematikan semua tekanan.

“Banyak perkara yang lebih penting daripada bermain bola sepak,” katanya.

Bagi Van Dijk, penting buat Maguire menikmati masa-masa beliau di Manchester United tanpa perlu memikirkan tanda harga yang diletakkan kepada beliau.

“Anda perlu menikmatinya tetapi tekanan akan sentiasa berada di sana. Fokus untuk melakukan apa yang anda suka lakukan dan persembahkan permainan terbaik anda. Dapatkan kualiti anda di padang, nikmati permainan anda dan jangan berfikir tentang perkara lain, “katanya.