Liga Super Malaysia

Final Piala Malaysia 2016: 6 perkara asas yang anda harus tahu sebelum sepak mula

6 faktor kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia wajib ditonton dan mempunyai nilai besar. Kami, dari meja penulis di Football Channel Malaysia hanya merujuk kepada sejarah pertandingan Piala Malaysia bermula pada edisi 2000.

Edisi 2000 adalah musim pertama yang menggunapakai format 16 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Edisi sebelumnya hanya berkisar kepada 2 kumpulan. Jadi bermula 2000 Piala Malaysia boleh dikatakan sukar.

Selangor lawan Kedah

Ini merupakan perlawan akhir ke-5 untuk pasukan Selangor. Selangor menjuarai pada edisi 2002,2005 dan 2015.Selangor menjadi naib juara apabila tewas kepada Kedah 2-3.

2002 Selangor lawan Sabah (1-0)
2005 Selangor lawan Perlis (3-0)
2008 Selangor lawan Kedah (2-3)
2015 Selangor lawan Kedah (2-0)

Dalam format 16 pasukan, Kedah sudah 3 kali muncul menjadi lawan apabila Selangor muncul 5 kali di pentas Akhir.

Pasukan Kedah muncul di pentas akhir sebanyak 4 kali. Muncul secara berturutan sebanyak 2 kali iaitu pada edisi 2007 dan 2008, edisi 2015 dan 2016.Naib juara pada edisi 2015. 2016?

2008 Kedah lwn Perak (2-0)
2009 Kedah lwn Selangor (3-0)
2015 Selangor lwn Kedah (0-2)

Jadi boleh dikatakan perlawanan akhir pada edisi 2016 datang dari 2 finalis yang mempunyai sejarah dan rekod yang baik untuk tempoh 17 tahun, ketika Piala Malaysia dalam format 16 pasukan.


K.Gunalan lawan Tan Cheng Hoe

K.Gunalan boleh berbangga kerana beliau merupakan satu-satunya pemangku ketua jurulatih yang mampu mencapai ke perlawanan akhir sejak 2011. Bagi Tan Cheng Hoe, beliau boleh berada di belakang Bojan Hodak yang muncul 3 kali dalam 6 edisi lepas.

2011 Azrai Khor lwn Irfan Bakti (2-1)
2012 Bojan Hodak lwn B.Sathianathan (3-2)
2013 Dollah Salleh lwn Bojan Hodak (1-0)
2014 Zainal Abidin lwn Bojan Hodak (2-2) *5-3
2015 Mehmet Durakovic lwn Tan Cheng Hoe (2-0)

Selangor dan Kedah merintis ke perlawan akhir dengan rekod bergaya.

Selangor dan Kedah masing-masing hanya mencatat satu kekalahan dalam 10 perlawan sebelum mencecah ke pentas akhir. Selangor tewas pada perlawanan ke-3 dalam peringkat kumpulan kepada K.Lumpur (0-1). Kedah tewas kepada T Team (0-1) dalam perlawanan ke-4 peringkat kumpulan.

Dengan rekod 7 menang, 2 Seri dan 1 kalah Selangor dan 22 jaringan ia cukup menarik apabila bertembung menentang dengan Kedah yang merekodkan 6 menang, 3 seri dan 1 kalah dengan 19 gol. Kedua-duanya liat dan mampu mempuyai ratio jaringan yang cukup baik.

K.Gunalan tidak pernah tewas dalam kempen Piala Malaysia 2016. Beliau menggantikan Zainal Abidin ketika Selangor sudah mengharungi 3 perlawanan Piala Malaysia. Pada ketika itu Zainal mencatatkan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah. K.Gunalan hadir dengan menambah 6 menang dan 1 seri tanpa tewas. Sudah pasti beliau mahu menutup kempen Piala Malaysia dengan 0% tewas dalam catatan peribadinya.

Jika K.Gunalan cukup baik dalam kempen Piala Malaysia, Tan Cheng Hoe menunjukkan beliau juga baik. Sepanjang Kempen Piala Malaysia, 10 perlawanan Liga Super berselang seli. Tan Cheng Hoe mampu mengimbangi 20 perlawanan dalam 2 kempen serentak.

Ketika K.Gunalan menjunam dalam kempen Liga Super, gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 9 perlawanan. Tan Chen Hoe mencatat 8 kemenangan dari 9 perlawanan.

Selangor dan Kedah tiada isu dengan jaringan dan penjaring.

9 pemain Selangor mencatat nama dalam 10 perlawanan Piala Malaysia. Patrick Ronaldinho membuktikan beliau mampu diharap dengan catatan 6 gol. Pemain sayap R.Gopinathan semakin tajam selepas menyertai Selangor dengan 4 gol. Hazwan dan Ugo Ukah boleh muncul sebagai penjaring, masing-masing menjaringkan 3 gol.

Kedah menampilkan 6 nama penjaring gol dalam 19 jaringan. Trio Liridon Krasniqi, Thiago Agusto dan Shane Smeltz kelihatan sedang berada dalam prestasi kemuncak. 15 gol dari ketiga-tiga pemain ini dengan masing-masing menjaringkan 5 gol adalah sesuatu yang melegakan Kedah.

Thiago Agusto mempunyai rekod baik dalam edisi 2015, beliau penjaring terbanyak dengan 8 gol bersama Felda Utd dalam kepen Piala Malaysia. Ketiadaan hero Kedah iaitu Chidi Edeh tidak meninggalkan kesan dengan kehadiran Agusto dan Smelzt.


Hazwan Bakri lwn Baddrol Bakhtiar

Dua pemain tempatan yang menjadi tumpuan pada perlawanan akhir edisi 2016. Hazwan dan Baddrol bakal mengetuai Malaysia dalam kempen Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada November 2016.

Hazwan mempunyai rekod peribadi menarik, beliau adalah pejaring 2 gol dalam menjulang Selangor merangkul kejuaraan pada edisi 2015. Selangor menang 2-0 ke atas Kedah. Jika Hazwan mampu mengulangi pencapaian itu, ia sudah cukup untuk memahat nama dalam sejarah Selangor, Malaysia dan Piala Malaysia.

Baddrol adalah pemain tunggal yang mungkin beraksi 3 kali dalam pentas akhir menentang lawan yang sama dan jersi yang sama. Baddrol tidak terlepas dalam kesebelasan utama Kedah pada edisi 2008 dan 2015. Pada edisi 2016, Baddrol akan trun sebagai ketua pasukan.

Faktor 4 pemain import

Kemasukan Ugo Ukah adalah penambahbaikan yag baik untuk Selangor. Pemain ini sudah menjaringkan 3 gol dalam 10 perlawanan, sudah pasti semuanya dari setpis kerana pemain ini adalah pertahanan tengah. Dari sisi negatif, Ugo Ukah adalah pemain sukar dibaca tahap emosinya. 2 kad merah dalam 20 perlawanan bukan satu perkara yang bagus dan perlu dikawal.

Bang Seung Hwan, Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah akan muncul sekali lagi selepas edisi 2015. Sudah pasti 3 pemain yang dikekalkan Selangor dan Kedah ini tiada masalah dengan memahami nilai Piala Malaysia. Andik sudah melaungkan mahu menjadi pemain dua kali menjulang Piala Malaysia selepas Bambang Pamungkas dan Ellie Aiboy. Liridon dan Bang?

Olivi dan Wleh mesti membuat pencapaian lebih baik dari Guilherme De Paula dan Agusto dan Smeltz juga perlu membuktikan beliau lebih baik dari Chidi Edeh.

6 faktor diatas sudah cukup membayangkan bahawa pentas akhir 2016 adalah ‘final impian’. Buat masa sekarang, bola sepak Malaysia masih memerlukan pasukan bertaraf negeri untuk mencipta persekitaran hebat terutama melibatkan pentas akhir. Ini boleh dimasukan dalam faktor ke-7 iaitu ‘fanbased’.

Semoga berjaya kepada Selangor atau Kedah.